Laman Rasmi Bahagian Penyelidikan dan Inovasi

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PENYELIDIK BAGI PENCAPAIAN CEMERLANG

Pada 2 Mac 2023, telah berlangsung satu sesi penyampaian sijil sebagai penghargaan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Norli binti Abdullah daripada Pusat Asasi Pertahanan kerana telah memperoleh keputusan cemerlang bagi projek penyelidikan di bawah Dana Penyelidikan Padanan Antarabangsa (Mypair) Newton Stfc: Use Of The Isis Neutron And Muon Source, Uk yang bertajuk ‘Role of Intermolecular Interaction in Conductive Polymer Wrapped MWCNT as Organophosphate Sensing Material Structure’. Kerjasama Penyelidikan ini berfokuskan kepada penggunaan kemudahan penyelidikan ISIS Neutron and Muon Source (ISIS) di United Kingdom. ISIS merupakan salah satu pusat dan kemudahan penyelidikan yang bertempat di STFC Rutherford Appleton Laboratory berhampiran Oxford. Turut hadir adalah Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara) dan juga pegawai daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi. Projek ini telah berjaya mencapai objektif keseluruhan dan menghasilkan penerbitan yang berimpak tinggi.

Manakala pada 31 Mac 2023, telah berlangsung satu lagi sesi penyampaian sijil sebagai penghargaan kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Rashdan bin Saad  daripada Fakulti Kejuruteraan kerana telah memperoleh keputusan cemerlang bagi projek penyelidikan di bawah program Newton-Stfc: Collaborative Research For Higher Level Stem Skills In Malaysia yang bertajuk ‘Shock-Boundary Layer Interaction Control in Hypersonic Flow Using Hybrid Micro-Vortex Generators’. Turut hadir adalah Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara) dan juga pegawai daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi. Projek ini telah berjaya mencapai objektif keseluruhan dan menghasilkan penerbitan yang berimpak tinggi.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *