Laman Rasmi Bahagian Penyelidikan dan Inovasi

MAJLIS SERAH MENYERAH TUGAS PENGARAH KANAN INSTITUT PENYELIDIKAN PERTAHANAN (DRI) DAN TIMBALAN PENGARAH PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)

Majlis Serah Menyerah Tugas Pengarah Kanan DRI dan Timbalan Pengarah PPPI telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Penyelidikan dan Inovasi. Majlis ini telah disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mantan Pengarah Kanan DRI (Mejar Prof. Madya Ir. Dr. Razali bin Abidin (Bersara)) dan Mantan Timbalan Pengarah PPPI (Prof. Madya Dr. Wan Norhasniah bte Wan Husin) atas usaha dan kerjasama yang telah diberikan selama ini dan mengucapkan Tahniah kepada Pengarah Kanan DRI (Lt Kol Prof. Dr. Victor Feizal b Knight Victor Ernest@Abd Shatar(Bersara)) dan Timbalan Pengarah PPPI (Prof. Madya Ir Dr. Mohd Rosdzimin bin Abdul Rahman) yang baharu kerana menjadi sebahagian Keluarga Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dalam usaha memantapkan, menyumbang idea dan tenaga agar penyelidikan di UPNM terus berkembang maju seiring peredaran semasa.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *