Laman Rasmi Bahagian Penyelidikan dan Inovasi

LAWATAN PENANDA ARAS AKTIVITI PENGKOMERSIALAN SERTA EKOSISTEM HARTA INTELEK DI UTHM

Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC), UPNM telah mengadakan satu lawatan penanda aras aktiviti pengkomersialan serta ekosistem harta intelek di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Lawatan ini diketuai oleh Dato’ Mohamad Akhtar bin Ahmad Zainudin, Pengarah Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC) serta staf dari TTC , UPNM manakala Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UTHM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohd Asrul Affendi bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Inovasi serta pegawai-pegawai lain dari Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UTHM – ICC.

Kunjungan tersebut diadakan bertujuan bagi mempelajari amalan terbaik berkaitan prosedur dan pengurusan harta intelek, aktiviti pemindahan teknologi serta inisiatif yang dilaksanakan oleh ICC, UTHM dalam membangunkan ekosistem pengkomersialan dan pengurusan harta intelek.

Selain berkongsi pandangan, pihak UPNM dan UTHM bersetuju untuk menjalinkan kerjasama pengkomersialan bagi memantapkan ekosistem pengkomersialan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak ICC UTHM atas kesudian menerima lawatan daripada TTC UPNM.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *