Laman Rasmi Bahagian Penyelidikan dan Inovasi

BENGKEL PEMANTAPAN PELAN STRATEGIK PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2023-2027

Pada 12 – 14 Mei 2023 yang lalu, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pelan Strategik Penyelidikan dan Inovasi 2023-2027 di Hotel Holiday Inn, Melaka.

Bengkel ini diadakan untuk merangka perancangan strategik yang baharu dalam penyelidikan dan inovasi UPNM, mengenalpasti objektif strategik dan juga KPI yang dapat mendokong misi dan visi BPI serta memastikan keberkesanan dalam pelaksanaan pelan strategik yang akan dibangunkan dengan penglibatan Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah, Timbalan Pengarah serta Auditor Dalam MyRA.

Diharap usaha ini dapat membantu meningkatkan lagi kuantiti dan kualiti penyelidikan di UPNM.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *