Satu lawatan dan perbincangan kerjasama strategik telah diadakan di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam usaha memperkukuhkan inisiatif Artificial Intelligence (AI) dan Emerging Technologies bagi memperkasakan pertahanan negara. Delegasi ATM yang terdiri daripada 21 pegawai mewakili perkhidmatan serta pelbagai Bahagian, Cawangan, dan Jabatan diketuai oleh Kolonel Ts Dr Haji Azmi bin Ariffin, Komander Markas Operasi Siber dan Elektromagnetik Pertahanan. Selain perkhidmatan dan BCJ, delegasi ATM juga turut disertai oleh wakil daripada Bahagian Perkhidmatan Maklumat (BPM), Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) dan Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP).
UPNM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Ts Dr Hj Azizi bin Hj Miskon; Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Lt Kdr Prof Madya Ts Dr Mohd Norsyarizad bin Razali TLDM (B); serta Pengarah Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Datoβ Akhtar Zainuddin. Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah pengarah-pengarah jabatan serta pensyarah kanan UPNM.
Lawatan ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan strategik antara ATM dan UPNM khususnya dalam bidang AI dan Emerging Tehnologies sekali gus memastikan ATM terus berada di barisan hadapan dalam penggunaan teknologi terkini seiring dengan usaha pembangunan Angkatan Masa Hadapan (AMH).
Hasil perbincangan yang disepakati adalah cadangan untuk menubuhkan jawatan kuasa khusus antara UPNM dengan ATM yang fokus dalam inisiatif AI dan Emerging Technologies bagi pelaksanaan inisiatif AI dan Emerging Technologies. Delegasi ATM kemudian dibawa melawat ke Command and Control Lab untuk demonstrasi beberapa produk teknologi yang dibangunkan oleh UPNM.












