Bahagian Penyelidikan dan Inovasi

Pameran Penyelidikan Malaysia Technolgy Expo (MTE) 2025

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran Penyelidikan Malaysia Technolgy Expo (MTE) 2025 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) bermula 20 sehingga 22 Februari 2025. Pameran MTE 2025 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), Teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan.

Dua (2) penyertaan produk daripada 2 orang Penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu Satu (1) pingat emas dan Satu (1) pingat gangsa.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *