Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah mengadakan Jerayawara PPPI Siri 2/2025 yang bertajuk Spektrum Geran Penyelidikan untuk Penyelidik Madani pada 05 Mei 2025 (Isnin) pada 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Auditorium FPKP yang bertujuan untuk mengumpulkan para penyelidik Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) bersama pengurusan Pusat Pengurusan dan Inovasi (PPPI) bagi sesi penerangan berkaitan pengurusan geran dan penyelidikan di UPNM.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Prof. Madya Dr. Mohd Rosdzimin bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, PPPI. Turut hadir bersama-sama penyelidik- penyelidik FPKP, Wakil Dekan, FPKP, Ts. Dr. Nik Noorul Shakira binti Mohamed Shakirin, Ketua Jabatan Pra-Klinikal, FPKP






