

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2024 Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah diadakan dengan meriah di Bilik Mesyuarat BPI.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM dan dihadiri oleh staf-staf BPI serta dimeriahkan dengan felo-felo penyelidik, pengarah kanan dan pengarah-pengarah Pusat Kecemerlangan.
Majlis begitu meriah dengan kehadiran para pengunjung. Beraneka juadah turut disediakan buat para tetamu untuk dinikmati bersama-sama sekaligus memupuk lagi semangat ukhuwah di antara warga kerja BPI.
Syabas & tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga buat semua yang hadir bagi memeriahkan suasana Majlis Sambutan Aidilfitri ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin. ![]()
![]()








