Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima lawatan delegasi Strategic Studies Center, National Defense Studies Institute, (SSC, NDSI) Thailand.. Delegasi SSC, NDSI seramai 48 orang terdiri daripada eksekutif, tenaga pengajar dan peserta kursus yang diketuai oleh Mejar Jeneral Nirut Duangpanya, Pengarah SSC, NDSI.
Ketibaan delegasi SSC, NDSI di Dewan Bestari telah disambut oleh Profesor Dr. Adam Leong Kok Wey, Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) serta seluruh warga CDISS. Dalam ucapannya, Pengarah mengalu-alukan kedatangan delegasi SSC, NDSI ke UPNM dan mengucapkan terima kasih serta menzahirkan penghargaan diatas kesudian delegasi SSC, NDSI untuk melawat UPNM. Delegasi diberikan sedikit taklimat berkenaan UPNM dan CDISS, dan beliau mengharapkan hubungan UPNM-SSC NDSI yang selama ini telah wujud melalui penglibatan kedua-duanya dalam Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) akan terus berkembang dengan kolaborasi yang lebih erat pada masa akan datang dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
Delegasi seterusnya diberikan pembentangan berkenaan βThailand β Malaysia Security Relations: Future Directionβ yang disampaikan oleh Leftenan Jeneral Datoβ Fadzil bin Mokhtar (Bersara), Felo Pengajar CDISS. Sesi perbincangan diteruskan dengan sesi soal jawab diantara delegasi SSC, NDSI dan CDISS berkaitan isu-isu semasa yang melibatkan Malaysia dan Thailand di antaranya penggunaan kecerdasan buatan pada masa hadapan (Artificial Intelligence in Future Directions), isu berkaitan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand, kepentingan ASEAN sebagai satu platform kerjasama serantau, perubahan landskap geopolitik semasa serta impak kepada sosio-ekonomi dan keselamatan negara.
Setelah selesai sesi pembentangan dan soal jawab, delegasi SSC, NDSI kemudian bergerak meninggalkan UPNM untuk aktiviti selanjutnya.





